Sejarah latar belakang Taman Bandaraya Damai, Kuala Lumpur
Penempatan ini pada awalnya dikenali sebagai “Kawasan Perumahan 3A dan
3B”, Bandar Tun Razak yang mempunyai sebanyak 146 unit rumah teres 2 tingkat
dibawah projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Pada tahun 1985, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Y.Bhg Tan Sri
Elyas Omar telah bersetuju untuk mengagih dan membuka tawaran Perjanjian
Jual Beli projek kediaman tersebut kepada pegawai dan kakitangan beberapa agensi
kerajaan iaitu:-
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Jabatan
Agama Islam Wilayah (JAWI)
- Pejabat
Tanah dan Galian WP
- Kementerian Wilayah Persekutuan
Pada tanggal 15hb Disember 2011, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah
bersetuju menamakan Kawasan Perumahan 3A dan 3B sebagai Taman Bandaraya Damai.
Persatuan Penduduk Taman Bandaraya Damai (PPTBD) telah diluluskan secara rasmi pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 15hb Februari 2012. Mesyuarat Agong Pertama PPTBD telah berlangsung pada 7hb Oktober 2012 bertempat di perkarangan Surau Al-Amin, Taman Bandaraya Damai, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Tujuan PPTBD ditubuhkan adalah seperti berikut:
- Untuk menjalinkan silaturrahim dan memupuk semangat muhibbah dikalangan ahli-ahli khasnya dan penduduk amnya.
- Untuk berkongsi pengalaman, kemahiran, dan kebolehan dikalangan ahli demi kebaikan bersama
- Untuk bertindak sebagai badan rasmi yang mewakili penduduk dalam hal yang berkaitan dengan kebajikan dan kemudahan penduduk.
- Untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman ahli serta keluarga khasnya, dan penduduk amnya.
- Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berakhlak mulia dan bernilai murni.
Upacara Majlis Perasmian Taman Bandaraya Damai telah di langsungkan pada 20hb Mac 2014 oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Y.Bhg Datuk Seri Hj Ahmad Phesal Bin Hj Talib di Jalan Makmur 4. Dalam upacara bersejarah tersebut, Datuk Bandar telah sudi untuk menanam sepohon pokok Bucida di hadapan salah sebuah rumah penduduk dan seterusnya menandatangani plak perasmian Taman Bandaraya Damai.
