2021
Sumbangan dan edaran goodie bag sempena ketibaan bulan Ramadan 1442H
Bersempena kedatangan bulan Ramadan pada 13/04/2021, pihak persatuan telah mengedarkan goodie bag kepada semua warga penduduk dan ahli Taman Bandaraya Damai.
Sumbangan berupa sehelai kain pelikat, sekotak kurma dan sekotak pelitup muka (face mask) telah dilakukan pada hari Ahad 11/04/2021.
SUMBANGAN BANTUAN BARANGAN ASAS
> Penularan wabak Covid-19 (seluruh negara)
OLEH AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK - DATUK KAMARUDDIN JAAFAR
TARIKH: 06/12/2020 (AHAD)
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA, TAMAN BUKIT ANGGERIK, ALAM DAMAI, CHERAS
JAM: 11.00 pagi
Persatuan Penduduk Taman Bandaraya Damai telah dijemput untuk menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada pejabat Parlimen Bandar Tun Razak.
Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh YBhg Datuk Kamaruddin Jaafar merangkap ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Pihak persatuan yang diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah menerima sumbangan sebanyak 30 set berupa barangan asas seperti beras, minyak masak, telur, tepung, gula, beehoon dan biskut.
Pemberian sumbangan adalah untuk khariah Taman Bandaraya Damai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan yang memerlukan bantuan.
Pemberian sumbangan adalah untuk khariah Taman Bandaraya Damai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan yang memerlukan bantuan.
Bagi menyalurkan sumbangan tersebut pada pihak yang benar-benar memerlukan, persatuan sebulat suara telah bersetuju untuk menyerahkan urusan pengagihan barangan keperluan asas tersebut kepada pihak Surau Al-Amin.
Satu majlis kecil-kecilan telah diadakan pada hari Rabu 09/12/2020 di perkarangan Surau Jumaat Al-Amin bagi menyalurkan sumbangan kepada kalangan khariah surau.
Persatuan telah diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Bendahari bagi menyampaikan sumbangan. Pihak surau Al-Amin telah diwakili oleh Haji Sulaiman dan Puan Noriah.
Semoga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
> Penularan wabak Covid-19 (seluruh negara)
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
fasa 1 (18 Mac - 31 Mac 2020)
fasa 2 (1 Apr - 14 Apr 2020)
fasa 3 (15 Apr - 28 Apr 2020)
fasa 4 (29 Apr - 4 May 2020)
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB
fasa 1 (5 May - 12 May 2020)
fasa 2 (13 May - 9 Jun 2020)
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
fasa 1 (10 Jun - 31 Ogos 2020)
fasa 2 (1 Sep - 31 Dis 2020)
* sepanjang tempoh PKP/ PKPB/ PKPP, tiada program/ acara diljalankan bagi mematuhi saranan SOP - Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
______________________________________________________________________________
> Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke Enam
➤ Program/ bengkel bersama DBKL
2019
Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019.
2018
2014
2013
2012
> Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke Enam
Acara tahunan bagi membentangkan laporan aktiviti persatuan dan perlantikan ahli jawatankuasa baharu bagi tahun 2020/ 2021 telah berlangsung dengan jayanya pada:
Tarikh: 07hb Mac, 2020 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 1.00 tghari
Tempat: perkarangan Surau Jumaat Al-Amin, Taman Bandaraya Damai, Bandar Tun Razak
Kehadiran: 45 orang ahli
Seramai 13 ahli jawatankuasa (gabungan muka lama dan baharu) telah dilantik sebulat suara untuk menerajui kepimpinan PPTBD.
(rujuk senarai AJK)
➤ Program/ bengkel bersama DBKL
PPTBD telah dipelawa dan dijemput oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama persatuan penduduk sekitar Wilayah Persekutuan untuk 2 acara dibawah.
Kedua-dua program tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Tn Haji Borhan Abdullah mewakili PPTBD.
- Bengkel Gerak Kerja Penyelarasan Bagi Pelan Tindakan KL Bersih Indah (KLBersihIndah)
- Tarikh: 20hb dan 21hb Januari 2020 (Isnin/ Selasa)
- Tempat: Hatten Hotel, Bandar Hilir, Melaka
- Rujukan
- Program 1 Community 1 Recycling
- Tarikh: 17 Januari 2020 (Jumaat)
- Tempat: Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, KM 4, Jalan Cheras 56100 Kuala Lumpur
- Rujukan
Gambar foto:
2019
Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019.
- Program Gotong Royong Dan Banteras Nyamuk Aedes
- Tarikh: 4 Mei 2019 (Sabtu)
- Masa: 8.00am - 12.00pm
- Kerjasama: DBKL dan Alam Flora
- Sekitar foto
- Tajaan Majlis Berbuka Puasa
- Tarikh: 17 Mei 2019 (Jumaat)
- Masa: 7.20 pm
- Lokasi: Surau Jumaat Al Amin
- Sekitar foto
- Majlis Silaturahim AidilFitri 2019/ 1441H
- Tarikh: 30 Julai 2019 (Jumaat)
- Masa: 9.00pm - 11.00pm
- Lokasi: Jalan Makmur 4
- Foto
- Program Kem Ibadah Remaja (Sehari bersama Remaja Beriman)
- Tarikh: 2 Nov 2019 (Sabtu)
- Lokasi: Surau Jumaat Al Amin
- Foto
- Hari Keluarga Taman Bandaraya Damai
- Tarikh: 16 Nov 2019
- Masa: 8.00 am - 12.30pm
- Lokasi: Perkarangan Taman Permainan Makmur
- Sekitar Foto
- Jamuan tengahari dan meraikan mantan AJK sesi 2017/2018
Acara telah berlangsung di cafe Pusat Belia Antarabangsa, Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak pada tarikh 10/10/2018 (hari Rabu).
Jamuan tengahari diadakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada mantan AJK yang telah menjalankan tugas sepanjang sesi 2017/ 2018.
Mereka yang diraikan ialah:
- En Ibrahim Bin Ismail (mantan Pengerusi)
- Tn Hj Mohd Arif Bin Ariffin (mantan AJK)
- Tn Hj Radin Mohd Danuri Radin Jawardi (mantan AJK)
- Mesyuarat Agung Tahunan Ke 5
- Tarikh: 29 September 2018
- Masa: 9.30 pagi
- Lokasi: Perkarangan Surau Jumaat Al Amin
- Kehadiran ahli: 37 orang
- Gambaran mesyuarat
- Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri TBD
- Tarikh: 6 Julai 2018 (Jumaat)
- Masa: 8.30pm - 11.00pm
- Tetamu jemputan : Datuk Kamaruddin Jaafar (ahli Parlimen Bandar Tun Razak)
- foto & video sekitar majlis
- rangkuman video
- Sambutan Hari Keluarga TBD
- Tarikh: 28 April 2018 (Sabtu)
- Masa: 8.30am - 1.00pm
- Tetamu jemputan: Datuk Hj Mustafa Mohd Noor
- Foto/ rangkuman video
2017
- Program Gotong Royong banteras Aedes
- Tarikh: 9/12/2017
- Masa: 8am - 12 pm
- Dengan kerjasama: DBKL dan Alam Flora
- Sekitar foto
- Sambutan Majlis Silaturahim AidilFitri TBD
- Tarikh: 22/7/2017
- Masa: 8am - 1.00pm
- Tetamu jemputan: Dato Rizalman Datuk Mokhtar
- Foto menarik
- Mesyuarat Agung Tahunan Ke 4
- Tarikh: 2 April 2017
- Masa: 10.00 am
- Lokasi: Perkarangan Surau Jumaat Al Amin
- Kehadiran ahli: 27 orang
2015
- Setiap hari Isnin & Rabu (0900mlm-10.30mlm): Program Senaman Tai Chi (Percuma) dipimpin oleh SiFu Hazlan Abdullah @ Padang Permainan di belakang Jalan Makmur 4.
- Setiap hari Ahad (08.00pg-09.00pg): Aktiviti Senamrobik di padang permainan belakang Jalan Makmur 4.
- Setiap hari Isnin & Rabu (0900mlm-10.30mlm): Program Senaman Tai Chi (Percuma) dipimpin oleh SiFu Hazlan Abdullah @ Padang Permainan di belakang Jalan Makmur 4.
- Setiap hari Ahad (08.00pg-09.00pg): Aktiviti Senamrobik. Mulai 24 Mei di taman belakang Jalan Makmur 4.
- Setiap hari Sabtu (07.00pg): Aktiviti Mendaki Bukit Saga di Ampang. Berkumpul di taman belakang Jalan Makmur 4 selewat lewatnya pukul 7.00pagi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Mansor 011-26384147
- Setiap hari Isnin & Rabu (09.30mlm): Program Senaman Tai Chi (Percuma). Padang Permainan di belakang Jalan Makmur 4. Klik disini
2012
- 02 Disember (Ahad, 07.00pg): Program Senaman Tai Chi (Percuma). Padang Permainan di belakang Jalan Makmur 4. Klik disini
- 07 Oktober (Ahad, 10.30pg): Mesyuarat Agong Pertama PPTBD. Perkarangan Surau Al-Amin. Klik disini